Wednesday, March 24, 2010

Serba sedikit perkara yang perlu dihayati oleh Ibu Bapa dan juga Bakal menjadi Ibu Bapa

Kepada Ibu Bapa dan Bakal Menjadi Ibu Bapa :

a)
Janganlah hendaknya ibu bapa bergaduh dihadapan anak2 kerana ini akan membuatkan anak itu menjadi trauma.
b) Tunjukkan kesederahanaan hidup anda pada anak2 supaya anak2 akan menghargai dan akan menyimpan impian untuk mengubah hidup keluarga dan sekali gus anak anda (insyaallah) akan mengejar ilmu sehingga ke menara gading.
c) Janganlah hendaknya menunjukkan kasih sayang anda kepada anak2 dengan memberinya duit atau barang2 yang mahal kerana ini akan merosakkan anak anda. Anak2 anda amat memerlukan belaian ,kasih sayang, keprihatinan anda sebagai Ibu dan Bapa.
d) Janganlah hendaknya menghalau anak anda dari rumah.Ini kerana walaupun anda hanya menghalaunya sekali, sedikit sebanyak akan menyimpan rasa dendam anak2 didalam hati anak sepanjang hidupnya.
e) Janganlah merasa berat atau sukar untuk memohon maaf "Dengan Nada Lembut"daripada anak2 sekiranya anda telah melakukan kesilapan kepada anak2.
f) Janganlah hendaknya merasa ego, riak dan meninggi diri dengan harta2 yang telah dikumpulkan oleh anda dihadapan anak2.
g) Kepada Ibu Tunggal yang telah bercerai, Janganlah hendaknya "melepaskan rasa dendam atau api kemarahan anda terhadap bekas suami" kepada anak2 yang tidak berdosa ini.Lupakanlah saat2 pengalaman pahit anda bersama bekas suami anda dan binalah kehidupan baru anda bersama2 dengan anak2 anda.
h) Ibu tunggal yang BERJAYA adalah Ibu tunggal yang hidup bahagia,ceria dan gembira bersama2 anak walaupun tanpa suami.

i) Ibu tunggal yang GAGAL adalah Ibu tunggal yang masih hidup dalam keadaan murung, diselubungi perkara pahit bersama bekas suami yang lalu dan tidak mendapat kenikmatan kebahagiaan didalam keluarga.
j) Kepada Bapa yang telah bercerai dan tidak menjaga anak, Janganlah hendaknya melepaskan tanggungjawab anda sebagai bapa dengan tidak memberikan nafkah kepada anak2.
k) Kepada Bapa yang telah bercerai dan tidak menjaga anak, Janganlah hendaknya melepaskan tanggungjawab anda sebagai bekas suami dengan tidak memberikan nafkah (nilai nafkah adalah mengikut kemampuan) kepada bekas isteri (walaupun isteri bekerjaya).
l) Kepada Bapa yang telah bercerai dan tidak menjaga anak, Janganlah hendaknya melepaskan tanggungjawab anda untuk mengurus, membantu atau memberi sedikit bantuan kewangan kepada anak2 yang ingin mendirikan Rumah Tangga.
m) Tidak mendoakan anak anda dengang doa-doa yang kurang baik.
n) Ibu Bapa yang MISKIN adalah Ibu Bapa yang kurang berjaya mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat atau Ibu Bapa yang ditinggalkan oleh anak mereka disebabkan oleh tingkah laku buruk dan kesilapan oleh Ibu Bapa sendiri.
o) Ibu Bapa yang KAYA adalah Ibu Bapa yang berjaya mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan menjadi anak yang solehah.

Kepada anak2:

a) Tanamkan sifat untuk membantu Ibu dan Ayah sekiranya Ibu dan Ayah dalam keadaan kesusahan.
b) Tanamkan sifat untuk menghantar Ibu dan Ayah menunaikan haji sekiranya mereka tidak mampu.
c) Tanamkan sifat untuk merealisasikan impian Ibu dan Ayah.
d) Menjaga maruah Ibu dan Ayah.
d)
Janganlah hendaknya menyuruh atau memberi anak anda untuk dijaga oleh Ibu Bapa anda walaupun dengan kerelaan mereka kerana ini akan mendekatkan kita dengan tanda2 kiamat iaitu " Sabda Nabi : Umat ku diakhir zaman iaitu Ibu Bapa akan melahirkan tuannya sendiri yakni Ibu Bapa akan menjadi Hamba kepada anak2nya"

.....................................................................................................................................................................

ORANG YANG SIBUK adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

ORANG YANG MEMPUNYAI SENYUMAN YANG MANIS adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

ORANG YANG KAYA adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini..

ORANG YANG MISKIN adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

ORANG YANG RUGI adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

ORANG YANG PALING CANTIK adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya....

ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa api neraka..


Sunday, March 7, 2010

Bantuan Anda Amat-Amat Di Hargai

Kebakaran Di Pusat Penjagaan Anak-Anak Yatim


Pusat Jagaan Anak Yatim Nurul Iman
Plot 359, Lorong Dato',
Off Jalan Dato',
Kampung Manjoi,
30020 Ipoh, Perak.

Sumbangan boleh di hulurkan melalui :

Maybank = 508 225 215 570
Bank Islam = 08-013-01-006136- 1
Atas Nama "PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN".
Dijaga oleh = En Khairul (Berbaju Merah Di Dalam Gambar) 016-5460071

Serba sedikit biodata En. Khairul:

Beliau merupakan bekas pelajar Politeknik Ungku Omar.
Beliau pernah bekerja di offshore untuk beberapa tahun.Selepas itu,beliau mengabilalih Rumah ini dan terus mengurusnya sehingga kini.Pelbagai dugaan dihadapinya.(termasuk berpindah beberapa kali,banjir dan terbakar).
Beliau pun sehingga kini belum berkahwin.