Wednesday, January 6, 2010

Bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

BORANG PETISYEN BANTAHAN


Ape respon anda?
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. Jika Anda seorang muslim dan muslimah sejati sila klik Disini untuk mengisi Borang Tandatangan Petisyen Bantahan.

KENAPA orang kristian terlalu mahukan menggunakan nama ALLAH didalam penerbitan majalah oleh gereja dan KENAPA orang kristian tidak langsung mahu menggunakan nama tuhan agama India ataupun China didalam penerbitannya?
  1. MEREKA ingin menyerang orang melayu kerana orang melayu paling ramai beragama Islam.
  2. MEREKA tahu ramai orang melayu yang telah murtad dan ramai juga yang menjalani kehidupan seperti bukan orang beragama islam walaupun mereka beragama Islam.
  3. MEREKA ingin mengelirukan umat Islam (Remaja secara umumnya) dan untuk memesong akidah umat Islam.
  4. MEREKA boleh menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu dan menjualnya di pasaran secara terbuka.
  5. MEREKA takut akan kepantasan perkembangan Agama Islam di dunia dan tidak dapat melawan perkembangan itu hanya secara berdakwah.
  6. Ini adalah titik tolak permulaan mereka untuk memporak perandakan umat Islam di Malaysia, Selepas ini akan ada lagi pelbagai permintaan mereka yang diajukan pada Mahkamah.