Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan



Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.
Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
  1. - Muntah dengan sengaja
  2. - Mengeluarkan air mani
  3. - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
  4. - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
  5. - Menjadi gila
  6. - Pitam sepanjang hari
  7. - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
  8. - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)

Thursday, July 29, 2010

Jangan tersalah tafsir istilah Bid'ah

Jika kita setakat merujuk pada hadith Al-Quran tanpa mengetahui maksud yang tersirat pada satu-satu ayat, eloklah sekiranya kita bertanya pada ilmuan islam yang diyakini akan ilmunya atau para imam-imam masjid..

Sebagai contoh istilah Bid'ah:

Ramai orang tersalahfaham hadith di bawah ini dan ada yang juga turut mengenepikan hadith Rasulullah berhubung dengan perbezaan pendapat di kalangan para ‘ulama’.

Setiap yang baharu (kullu muhdathatin) adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu sesat
(d}alalah), dan setiap yang sesat itu ke Neraka.

Klik Disini bagi melihat maksud tersirat dan tersurat mengenai hadith di atas ini,

Kita perlu mengetahui apa yang ramai orang tersalah tafsir agar kita dapat melindungi diri kita dari anasir-anasir yang boleh menggugat akidah serta iman kita..sama-samalah kita menghayatinya.

Wednesday, June 9, 2010

Perjalanan Kapal Rachel Corrie

Asal usul nama kapal:

Merupakan nama seorang aktivis dari Amerika Syarikat yang bersama-sama rakyat palestin menghalang dari rumah-rumah rakyat palestin dirobohkan di gaza oleh yahudi israel, tetapi keangkuhan israel terus membunuh dengan jentera berat...

This is activist of Rachel Corrie who had been murder tragically. Click the picture to see more....

Above is the situation of how Rachel Corrie had been murder and see what israel (Bad Jews=BJ) says about it. BJ says that a Rachel Corrie is stupid because protect a house of the terrorist. Actually, BJ started the "terrorist campaign".From what I've seen, "terrorist" is the person who are against the israel.

Perjalanan kapal Rachel Corrie:
3 kapal israel mengekori jauh kapal Rachel Corrie.
israel sabotaj sistem komunikasi satelit.
Sistem radar kapal Rachel Corrie diganggu.
hubungan dengan kapal Rachel Corrie terputus.
israel nekad halang kapal Rachel Corrie ke gaza.
israel arah kapal Rachel Corrie ke pelabuhan ashdod.
israel merampas kapal Rachel Corrie

We STRONGLY condemn israel for what they did to palestine people.
If you're in palestine situation, what you feel....??


Wednesday, June 2, 2010

Gerakan Pembebasan Gaza: Dengan hanya berkata dan mengutuk tidak cukup

Sebelum ini kita telah mendengar mengenai konvoi "Viva Palestina" yang menggunakan jalan darat untuk menghantar bekalan ke Gaza yang terpaksa mengharungi bermacam cabaran daripada Israel untuk memasuki Gaza.

Walaupun mendapat tentangan hebat daripada askar israel semasa melalui jalan darat..para sukarelawan tersebut mencuba pula untuk menghantar bekalan dengan menggunakan laut dalam misi "free gaza flotilla".



Beberapa hari yang lepas, dunia digegarkan dengan berita "Komando Israel menyerbu beberapa kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menyebabkan 19 orang maut dan 36 lagi cedera, kebanyakannya aktivis Turki sekali gus mencetuskan krisis diplomatik antarabangsa.


Sila klik Disini untuk maklumat lanjut..

Aktivis tersebut tidak diberikan makanan dan minuman, tidak dibenarkan tidur atau ke tandas ketika berada dalam tahanan. “Mereka mengasari kami, termasuk wanita dan kanak-kanak,” kata Ahli Parlimen Kuwait, Walid al-Tabtabai, yang berada di dalam kapal terbabit bersama aktivis lain dari negara Islam.

Para sukarelawan sebenarnya adalah
HERO kepada penduduk palestin kerana Mereka berjaya menyampaikan mesej ke seluruh pelusuk dunia bahawa sekatan terhadap Gaza adalah tidak adil dan perlu ditarik balik segera..


Aktivis Gaza flotilla menjadi saksi kekejaman israel ke atas Gaza.Sila klik Disini untuk maklumat selanjutnya..

Amerika pula hanya menyepikan diri kerana israel adalah merupakan sekutu kuatnya.
Tak guna kita hanya bercakap....gegar-gegar...tp,kita masih di Malaysia juga...tunjukkan boikot kita terhadap produk israel...amerika...Belilah barangan buatan malaysia....Ayuh Rakyat malaysia sekalian...
Sila klik Disini untuk melihat semua produk dari israel yang harus diboikot..

JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK
SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN
MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN
MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.

Pada : 4 Jun 2010
Masa: 2.00 petang
Tempat :
Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.


Sila klik Disini untuk maklumat lanjut..

Wednesday, March 24, 2010

Serba sedikit perkara yang perlu dihayati oleh Ibu Bapa dan juga Bakal menjadi Ibu Bapa

Kepada Ibu Bapa dan Bakal Menjadi Ibu Bapa :

a)
Janganlah hendaknya ibu bapa bergaduh dihadapan anak2 kerana ini akan membuatkan anak itu menjadi trauma.
b) Tunjukkan kesederahanaan hidup anda pada anak2 supaya anak2 akan menghargai dan akan menyimpan impian untuk mengubah hidup keluarga dan sekali gus anak anda (insyaallah) akan mengejar ilmu sehingga ke menara gading.
c) Janganlah hendaknya menunjukkan kasih sayang anda kepada anak2 dengan memberinya duit atau barang2 yang mahal kerana ini akan merosakkan anak anda. Anak2 anda amat memerlukan belaian ,kasih sayang, keprihatinan anda sebagai Ibu dan Bapa.
d) Janganlah hendaknya menghalau anak anda dari rumah.Ini kerana walaupun anda hanya menghalaunya sekali, sedikit sebanyak akan menyimpan rasa dendam anak2 didalam hati anak sepanjang hidupnya.
e) Janganlah merasa berat atau sukar untuk memohon maaf "Dengan Nada Lembut"daripada anak2 sekiranya anda telah melakukan kesilapan kepada anak2.
f) Janganlah hendaknya merasa ego, riak dan meninggi diri dengan harta2 yang telah dikumpulkan oleh anda dihadapan anak2.
g) Kepada Ibu Tunggal yang telah bercerai, Janganlah hendaknya "melepaskan rasa dendam atau api kemarahan anda terhadap bekas suami" kepada anak2 yang tidak berdosa ini.Lupakanlah saat2 pengalaman pahit anda bersama bekas suami anda dan binalah kehidupan baru anda bersama2 dengan anak2 anda.
h) Ibu tunggal yang BERJAYA adalah Ibu tunggal yang hidup bahagia,ceria dan gembira bersama2 anak walaupun tanpa suami.

i) Ibu tunggal yang GAGAL adalah Ibu tunggal yang masih hidup dalam keadaan murung, diselubungi perkara pahit bersama bekas suami yang lalu dan tidak mendapat kenikmatan kebahagiaan didalam keluarga.
j) Kepada Bapa yang telah bercerai dan tidak menjaga anak, Janganlah hendaknya melepaskan tanggungjawab anda sebagai bapa dengan tidak memberikan nafkah kepada anak2.
k) Kepada Bapa yang telah bercerai dan tidak menjaga anak, Janganlah hendaknya melepaskan tanggungjawab anda sebagai bekas suami dengan tidak memberikan nafkah (nilai nafkah adalah mengikut kemampuan) kepada bekas isteri (walaupun isteri bekerjaya).
l) Kepada Bapa yang telah bercerai dan tidak menjaga anak, Janganlah hendaknya melepaskan tanggungjawab anda untuk mengurus, membantu atau memberi sedikit bantuan kewangan kepada anak2 yang ingin mendirikan Rumah Tangga.
m) Tidak mendoakan anak anda dengang doa-doa yang kurang baik.
n) Ibu Bapa yang MISKIN adalah Ibu Bapa yang kurang berjaya mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat atau Ibu Bapa yang ditinggalkan oleh anak mereka disebabkan oleh tingkah laku buruk dan kesilapan oleh Ibu Bapa sendiri.
o) Ibu Bapa yang KAYA adalah Ibu Bapa yang berjaya mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan menjadi anak yang solehah.

Kepada anak2:

a) Tanamkan sifat untuk membantu Ibu dan Ayah sekiranya Ibu dan Ayah dalam keadaan kesusahan.
b) Tanamkan sifat untuk menghantar Ibu dan Ayah menunaikan haji sekiranya mereka tidak mampu.
c) Tanamkan sifat untuk merealisasikan impian Ibu dan Ayah.
d) Menjaga maruah Ibu dan Ayah.
d)
Janganlah hendaknya menyuruh atau memberi anak anda untuk dijaga oleh Ibu Bapa anda walaupun dengan kerelaan mereka kerana ini akan mendekatkan kita dengan tanda2 kiamat iaitu " Sabda Nabi : Umat ku diakhir zaman iaitu Ibu Bapa akan melahirkan tuannya sendiri yakni Ibu Bapa akan menjadi Hamba kepada anak2nya"

.....................................................................................................................................................................

ORANG YANG SIBUK adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

ORANG YANG MEMPUNYAI SENYUMAN YANG MANIS adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

ORANG YANG KAYA adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini..

ORANG YANG MISKIN adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

ORANG YANG RUGI adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

ORANG YANG PALING CANTIK adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya....

ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa api neraka..


Sunday, March 7, 2010

Bantuan Anda Amat-Amat Di Hargai

Kebakaran Di Pusat Penjagaan Anak-Anak Yatim


Pusat Jagaan Anak Yatim Nurul Iman
Plot 359, Lorong Dato',
Off Jalan Dato',
Kampung Manjoi,
30020 Ipoh, Perak.

Sumbangan boleh di hulurkan melalui :

Maybank = 508 225 215 570
Bank Islam = 08-013-01-006136- 1
Atas Nama "PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN".
Dijaga oleh = En Khairul (Berbaju Merah Di Dalam Gambar) 016-5460071

Serba sedikit biodata En. Khairul:

Beliau merupakan bekas pelajar Politeknik Ungku Omar.
Beliau pernah bekerja di offshore untuk beberapa tahun.Selepas itu,beliau mengabilalih Rumah ini dan terus mengurusnya sehingga kini.Pelbagai dugaan dihadapinya.(termasuk berpindah beberapa kali,banjir dan terbakar).
Beliau pun sehingga kini belum berkahwin.

Wednesday, January 6, 2010

Bantahan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

BORANG PETISYEN BANTAHAN


Ape respon anda?
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. Jika Anda seorang muslim dan muslimah sejati sila klik Disini untuk mengisi Borang Tandatangan Petisyen Bantahan.

KENAPA orang kristian terlalu mahukan menggunakan nama ALLAH didalam penerbitan majalah oleh gereja dan KENAPA orang kristian tidak langsung mahu menggunakan nama tuhan agama India ataupun China didalam penerbitannya?
  1. MEREKA ingin menyerang orang melayu kerana orang melayu paling ramai beragama Islam.
  2. MEREKA tahu ramai orang melayu yang telah murtad dan ramai juga yang menjalani kehidupan seperti bukan orang beragama islam walaupun mereka beragama Islam.
  3. MEREKA ingin mengelirukan umat Islam (Remaja secara umumnya) dan untuk memesong akidah umat Islam.
  4. MEREKA boleh menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu dan menjualnya di pasaran secara terbuka.
  5. MEREKA takut akan kepantasan perkembangan Agama Islam di dunia dan tidak dapat melawan perkembangan itu hanya secara berdakwah.
  6. Ini adalah titik tolak permulaan mereka untuk memporak perandakan umat Islam di Malaysia, Selepas ini akan ada lagi pelbagai permintaan mereka yang diajukan pada Mahkamah.