Monday, May 26, 2008

Himpunan Doa.....








Friday, May 23, 2008

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Kes Murtad: Mengapa kita perlu prihatin

Roslan SMS
Sat | May 10, 08 | 3:39:51 pm MYT

Saya bukan bertujuan mahu mengajak pembaca saya agar mencetuskan huru-hara ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang ini.

Tidak! Keputusan ini perlu diterima dengan hati terbuka, kerana ia proses undang-undang, oleh kerana kita duduk dalam negara demokrasi yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan maka kita perlu patuh walaupun kecewa.

Apa yang saya bimbang adalah impaknya terhadap Islam, dan persepsi masyarakat bukan Islam nanti terhadap Islam. Kerana itu saya akan menggunakan blog ini untuk mendesak agar kita semua bangkit menyedarkan para pimpinan kita yang mempunyai kuasa, samada Raja-raja Melayu, Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, ahli-ahli Parlimen dan ADUN kesemuanya agar bertindak memelihara Islam.

Tahukah anda apa reaksi Presiden MCA contohnya terhadap keputusan ini (boleh dikuti di kahbar-akhbar tertentu)? Kata Ong Ka Ting:

It was Siti Fatimah�s right to embrace Islam and likewise, it is also her right to return to her original faith. This is a matter for her to decide and no one else.

(Ianya merupakan HAK Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga BERHAK untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.)

Inilah persepsi bahaya yang kita bimbangkan. Masyarakat bukan Islam merasakan keluar masuk agama itu adalah HAK masing-masing. Mungkin bagi agama-agama lain ianya HAK tetapi bagi Islam tidak, lalu siapakah yang mampu dan berkuasa untuk menyatakan perkara ini ekpada mereka!

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika memberikan komennya terhadap kes ini dalam akhbar THE STAR menyebut:

Renouncing Islam is forbidden unless one has been forced to embrace Islam under duress. If one embraced Islam out of one�s own free will, then one must be subject to Islamic law, and the law forbids the renouncing of Islam because it touches ones faith on the religion.

(Tindakan keluar dari Islam dilarang sama-sekali melainkan seseorang itu dipaksa memeluk Islam. Sekiranya seseorang memeluk Islam atas kerelaannya sendiri, ketika itu ianya mesti tertakluk kepada perundangan Islam, dan perundangan Islam melarang seseorang Muslim keluar dari agamanya, kerana ia melibatkan kepercayaan seseorang pada agama itu.)

Boleh tak semua pemimpin Islam dalam negara berpegang kepada tafsiran yang sama? Boleh tak kita semua meletakkan nasib dan masa depan Islam dihadapan lebih tinggi dan utama dari fahaman politik masing-masing? Melalui kuasa yang dimiliki oleh kita, yang walaupun berlainan fahaman, tetapi atas aqidah yang satu, demi Allah, perbetulkanlah kelonggaran ini.

Malah Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam, Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilaporkan sebagai mengakui bahawa tidak ada undang-undang diperingkat Persekutuan yang melarangs eseorang Muslim dari murtad. Dan dari negeri-negeri yang ada cuma Negeri Sembilan sahaja yang melarang, sementara yang lain tidak.

Inilah puncanya, inilah masalahnya. Sampai bila kita mahu biarkan ia terus begini?Lantaran itu selagi ianya tidak ditangani atas keprihatinan mereka yang berkuasa, maka selagi itulah Islam di negara ini walaupun agama rasmi Persekutuan, tetapi agama yang boleh dipermain-main dan disenda-sendakan.

Syabas Fairus, mana yang lain?

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) berjanji akan membawa keperhatian SPR Yang Dipertuan Agong darihal kemelut murtad dan menyarankan langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian seumpama Siti Fatimah berulang lagi di Pulau Pinang, apabila beliau diperkenankan mengadap Tuanku nanti.

Kata Fairus beliau sedih dan kecewa angkara kegagalan Majlis Agama Islam Pulau Pinang MAIPP untuk membimbing si murtad sehingga keluarnya keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang itu, yang membenarkan seorang Muslim keluar dari agamanya.Dan yang lebih penting lagi Fairus memberi amaran kepada semua pihak agar jangan mempolitikkan keputusan kes ini, perkara berkaitan agama jangan digunakan sebagai agenda politik.

Dalam akhbar THE STAR hari ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon menyeru agar mahkamah bersikap lebih 'humane' (berperikemanusiaan ) dalam mendengar kes-kes penganut Islam yang mahu keluar dari agamanya. Katanya orang-ramai akan lebih menghormati 'all great religions' (yang beliau mahu maksudkan di sini saya percaya adalah: "akan lebih menghormati Islam") jika keputusan liberal seumpama ini diambil terhadap mereka yang memohon untuk tukar agama. Maknanya kalau kita liberal, pinda dan ubahsuai Islam untuk kesesuaian lain, barulah kita dihormati!

Dalam hal kenyataan Fairus ini, saya rasa selain Timbalan Presiden PAS, sehingga ketakat ini, beliualah pemimpin politik yang beragama Islam yang kedua terkanan yang memberikan reaksi dan komen terhadap kes ini dan menyarankan agar tindakan proaktif diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.

Yang lain bagaimana? Tiada siapakah lagi pemimpin Melayu/Islam yang sanggup tampil ke hadapan membuat saranan yang sama, atau apakah para pemimpin kita telah khayal didodoi lagu-lagu liberalisma dalam beragama (selesa dengan kedudukan masing-masing) sehingga tidak lagi terdetik dihati mereka untuk mengeluarkan kenyataan membela dan mempertahankan Islam? - n32.blogspot. com


Selepas Islam Hadhari, Mufti Perlis selar ISA?

Azamin Amin
Sun | May 11, 08 | 11:14:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Seperti yang umum ketahui bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

Dalam akta tersebut menjelaskan sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dikatakan mengancam keselamatan negara dan selepas itu seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Untuk rekod, sehingga kini terdapat tahanan ISA yang telah ditahan selama lebih enam tahun.

Sudah ramai yang mengkritik sama ada daripada parti Pakatan Rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Gerakan Mansuhkan ISA, mangsa-mangsa keluarga tahanan ISA dan rakyat yang memprotes akta zalim ini malah menggesa ianya dihapuskan malah berpendapat undang-undang ini adalah bermotifkan politik semata-mata demi 'melindungi' kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) daripada dikritik dan didedahkan kepincangannya.

Kali ini giliran tokoh agama seperti Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin dilihat menyelar dan mengkritik perbuatan dan tindakan ISA yang disifatkan sebagai satu langkah terkutuk serta bercanggah dengan Islam.

"Agama memusuhi perbuatan menghukum manusia tanpa bukti yang sah dan perbicaraan yang benar. Maka perbuatan seperti ini adalah amat terkutuk," katanya yang dipetik daripada laman webnya.

Katanya jika ada peruntukan undang-undang atau akta yang membolehkan manusia dihukum tanpa dibicara, maka ia adalah akta atau perundangan yang jelek dan merujuk kepada Sabda Nabi Muhammad s.a.w :"Bukti wajib (diberikan) oleh yang mendakwa, dan sumpah pula bagi yang membantah� (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

"Jika ada akta dan undang-undang yang seperti ini, maka Majlis Fatwa patutlah bersidang dan membincangkan pandangan Islam mengenainya, secara adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," jelasnya lagi.

Sebelum itu beliau turut memberi contoh kesan buruk apabila seseorang itu tidak diberi peluang membela diri seperti yang terjadi di Kuala Perlis apabila seorang suami dituduh mengintip dan dibelasah hingga mati oleh penduduk kampung.

Katanya, isterinya yang masih dalam pantang juga dipukul dan kemudian penduduk sedar bahawa mereka tersilap orang.

"Mangsa telah mati, dihukum tanpa dia mengetahui apakah dosanya. Jika pun itu dosanya, apakah berhak dia dibunuh?" soal Dr Asri lagi dan menghuraikan segala kejelekan dan larangan agama terhadap perbuatan menuduh tanpa bicara dan peluang membela diri ini.

"Perangai suka menuduh secara rambang adalah lambang manusia kehabisan alasan," katanya. - mks.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."
RAHSIA MEMOTONG KUKU



RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

  • Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
  • Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
  • Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala..
Panggilan santau karut
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid,Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh ~ am@hmetro.com. my

KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu. Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.

Kemunculan SMS peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk Indonesia dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada nombor melebihi lapan angka itu.

Malah, panggilan terbabit yang turut digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.

Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun, dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak ke Malaysia, dipercayai dibawa rakyat negara berkenaan.

Siasatan dilakukan pihak berkuasa Indonesia mendapati nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Susulan maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis Indonesia di Riau.
Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.

Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai bank ABN di Jalan Petamburan, Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini. Di SEREMBAN, seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan kerana menjawab panggilan telefon,” katanya.